Kelayakan:
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek
Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(d) Memiliki ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan
ialah pada Gred DS51: RM5,855.00).
KELAYAKAN LANTIKAN BAGI JAWATAN PENSYARAH UNIVERSITI GRED DS51
1. (i) Mempunyai kelayakan asas; dan
(ii) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
(iii) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DS51: RM5,855.00); dan
(iv) Syarat tambahan kepada pemohon bukan warganegara bagi jawatan Pensyarah Universiti
Gred DS51 hendaklah memiliki :
a) Pengalaman relevan sekurang-kurangnya 8 tahun; atau
b) Pengalaman antara 6 hingga 7 tahun bagi calon dalam bidang kritikal
KELAYAKAN LANTIKAN BAGI JAWATAN PROFESOR MADYA GRED DS53
2. (i) Mempunyai kelayakan asas ; dan
(ii) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya; dan
(iii) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DS53: RM6,162.00); dan
(iv) Syarat tambahan kepada pemohon bukan warganegara bagi jawatan Profesor Madya Gred
DS53 hendaklah memiliki :
a) Pengalaman relevan sekurang-kurangnya 11 tahun; atau
b) Pengalaman antara 9 hingga 10 tahun bagi calon dalam bidang kritikal
KELAYAKAN LANTIKAN BAGI JAWATAN PROFESOR GRED KHAS C (VK7)
3. (i) Mempunyai kelayakan asas ; dan
(ii) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya; dan
(iii) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Khas C: RM7,676.00); dan
(iv) Syarat tambahan kepada pemohon bukan warganegara bagi jawatan Profesor Gred Khas C
(VK7) hendaklah memiliki :
a) Pengalaman relevan sekurang-kurangnya 15 tahun; atau
b) Pengalaman antara 12 hingga 14 tahun bagi calon dalam bidang kritikal
Mempunyai kemahiran dalam bidang:
1). Language Education
2). Linguistic / Applied Linguistics
Keutamaan Kepada Calon:
1. Mencapai CGPA 3.00 dan ke atas pada peringkat Ijazah Sarjana Muda.
2. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran dalam bidang yang
berkaitan.
3. Memiliki kelayakan Bahasa Inggeris sejajar dengan minimum CEFR C1.
4. Mempunyai kemahiran komunikasi interpersonal dan pembentangan serta minat yang mendalam
terhadap pengajaran, penyelidikan, dan penerbitan.
5. Memiliki kemahiran menggunakan perisian teknologi dalam pengajaran dan penyelidikan.
6. Mempunyai kelayakan tambahan seperti penterjemahan akan diberikan keutamaan.
7. Mempunyai pengalaman pentadbiran(i.e. pengurusan).
8. Berpengalaman mengedalikan latihan (i.e. penceramah/ insructor, facilitator, manager)
9. Calon perlu berpengalaman membina modul pembangunan (i.e. need analyses, module building)
10. Calon perlu pernah terlibat dalam penyelidikan jangka pendek / panjang.
11.Keutamaan kepada calon-calon yang memiliki Ijazah Kedoktoran (PhD).
Memiliki kelayakan Bahasa Inggeris;
1) Malaysia University English Test (MUET) - Band 5 / C1 atau;
2) International English Language Testing System (IELTS) - Band 7 atau:
3) any Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) aligned test – C1
Bidang Kepakaran:
1. Linguistic and Applied Linguistics
English Language Studies, TESL, TESOL
English and Communication
English Language & Literature
2. Language Education
Curriculum Development
E-Learning
Perks & Benefits
- Flexible working hours
- Personal leave